sampai sini -->

08 October, 2011

Rancangan Bajet 2012

Kerajaan akan bekerja keras memastikan masalah rakyat mengenai kos kehidupan tinggi yang dihadapi mereka sekarang dapat diuruskan dalam keadaan global yang mencabar pada masa kini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melakukan yang terbaik dalam menangani kos yang semakin meningkat dan mencari jalan untuk mengurangkan kesannya kepada rakyat.

Beliau berkata Bajet 2012 akan datang akan memberikan tumpuan kepada pengurusan kos kehidupan rakyat dan kerajaan akan merancang strategi terbaik untuk mengurangkan bebanan rakyat dan pada masa sama menguruskan perkembangan ekonomi negara.




Teks Penuh Belanjawan 2012
 




Live Streaming Belanjawan 2012!!!


Justeru, katanya, kerajaan mengumumkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ketujuh iaitu menangani kos sara hidup yang kian meningkat tahun ini selepas mengambil kira kenaikan harga makanan dan bahan keperluan yang berlaku di peringkat global.

“Dalam tempoh dua tahun, semenjak NKRA mula diumumkan, kos sara hidup di Malaysia telahpun meningkat, memberi kesan kepada majoriti penduduk negara ini di pelbagai peringkat.

“Ramai yang mengalami kerumitannya, tetapi kurang menyedari fenomena ini sedang dialami di seluruh dunia dan turut memberi pukulan yang agak teruk kepada negara lain.

“Apa yang nyata, sudah begitu banyak faktor global mempengaruhi kos kehidupan kita selama ini dan kesan paling teruk dirasai negara miskin dan sedang membangun,” katanya dalam blognya www.1malaysia.com.my di sini, semalam.

Najib berkata, inilah peranan yang akan dibawa NKRA ketujuh dan terbaru iaitu kerajaan akan mencari jalan terbaik memperbaiki rangkaian bekalan pertanian bagi memastikan kekurangan makanan, minimum sepanjang proses pengeluaran dan pembekalan.

Beliau berkata sistem kawalan harga juga akan diteruskan dengan pengurusan subsidi kini sudahpun dikategorikan sebagai antara yang tertinggi di dunia.

“Kita akan memperluaskan lagi inisiatif berfokuskan rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan yang terbaru, Menu Rakyat 1Malaysia yang menggalakkan pengusaha makanan menawarkan pakej makanan dengan harga maksimum iaitu RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari,” katanya.

- Bernama

2 comments:

  1. arrayah.info - Bajet 2012 - Tidak Memenuhi Ciri-Ciri Ekonomi Islam

    ReplyDelete
  2. melihat kepada bajet yg dibentangkan oleh DS Najib Razak, ternyata bajet lebih untuk rakyat dan semua golongan termasuk yang kaya..lebih fokus kepada kebajikan rakyat..sangat sesuai untuk jangka masa pendek tapi tidak untuk jangka masa panjang. Hampir keseluruhannya untuk membantu rakyat.

    Tetapi kurang fokus untuk masa jangka masa panjang..Namun bagi aku sangat jauh lebih baik daripada bajet penasihat ekonomi RM1 tu..Aku masih tetap kurang setuju dengan fokus Bajet 2012 kerana terlalu manjakan rakyat dan terlalu berkebajikan..

    Banyak perkara lain yang perlu diutamakan. Tapi mungkin matlamat utama kerana PRU 13 hampir tiba maka perkara lain perlu diabaikan utk tahun ini..Jika diberi peluang untuk mencadangkan apakah gelaran untuk DS Najib, aku akan bagi BAPA DEMOKRASI..

    dgn keadaaan semasa, aku tak salahkan Najib..mungkin faktor tekanan dr pembangkang yg memaksa beliau bertindak sedemikian..mungkin itu yg terbaik..

    ReplyDelete

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online