sampai sini -->

25 June, 2011

AKU HANYA MAHU KE SEBERANG - Prof Dr Hashim Yaacob

AKU HANYA MAHU KE SEBERANG


Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung

Panjinya kain suluk atma
bekas tangan tenunan
Sri di kamar waja.

Esok,
perahu akan ke air,
mengharung samudera,
meninggalkan pantai melawan ombak dan badai.

Perahuku kecil,
lautnya ganas.
Tenanglah laut,
kuala dan muara.
Ombak jangan gila melanda.

Tiuplah bayu pada layarku laju.
Dayung jangan patah
layar jangan rekah
tiang jangan rebah
Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang.


KARYA
Prof Dr Hashim Yaacob

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online