sampai sini -->

04 March, 2011

Antara CINTA dengan KERETA


Melihat kepada tajuk di atas, sebenarnya tak ada makna sangat pun. Hehehe, lagipun bercouple dengan bertunang tu lebih kurang je sebenarnya. Kalau bercouple ni macam tak ada hitam putih. Tapi kalau bertunang, adalah kejelasan hitam putihnya. Mungkin ada segelintir sahabat kita yang ada prinsip hidupnya sendiri. Masing-masing ada cara masing-masing.

Jadi, bebalik kepada bercouple itu, adakah wajar kita bercouple? Persoalan ini sangat rumit untuk dijawab oleh golongan muda ataupun remaja. Padahal jawapan itu sangat mudah dan persoalan ini sangat senang untuk dijawab. Saya malas untuk memberikan jawapannya lagi. Ok, saya suka memberi contoh ataupun situasi yang mudah kita faham dan membuatkan kita berfikir.

Macam ni, pada jiwa setiap insan semestinya mempunyai idaman masing-masing. Contohnya, KERETA. Jadi, ramai yang ada kereta idaman masing-masing. Begitulah juga dengan CINTA. Masing-masing mempunyai pasangan idaman masing-masing. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dan unik.  Samalah juga dengan kereta. Ada yang suka kereta sport, ada yang suka 4WD, ada yang suka jenis sedan, ada yang suka limo, dan macam-macam lagilah. Begitulah juga dengan CINTA. ada yang minat dengan yang berkulit putih, ada yang berminat dengan kulit hitam, ada yang suka hidung mancung, ada yang suka orang yg tembam dan macam-macam la kan. Malah ada juga yang berhasrat untuk memiliki beberapa unit kenderaan idaman masing-masing. Samalah dengan CINTA, ada yang berhasrat untuk berkahwin lebih dari satu. Tapi ada undang-undangnya yang mengehadkan kepada 4 sahaja.
melongkang ke ape?
Jadi, seterusnya mereka yang meminati kereta semestinya mempunyai masalah tersendiri untuk memilikinya. Ada yang akan mempunyai masalah kewangan, tiada lesen memandu, tiada kebenaran dari ibu bapa, dan sebagainya. Begitulah dengan CINTA. lebih banyak tentangan dan cabaranya. Jadi, setiap orang hanya akan mampu memiliki kereta atau pasangan berdasarkan kemapuan dan keadaan masing-masing. Tak semestinya apa yang kita idamkan kita akan dapat.

Apa yang membezakan antara kereta dengan pasanagan hidup ialah tempoh berpacaran/bercinta  atau booking kereta baru. Jika kita melihat kepada prosedur utntuk memiliki kereta. Perkara pertama sekali adakah kita layak memiliki kereta itu. Ada yang kurang berkemampuan tapi mahukan kereta yang mewah dan mahal-mahal. Tapi, layakkah anda memilikinya? Sama juga seperti memilih pasangan. Pilihlah pasangan yang sepadan, sesuai untuk kita supaya tidak susah pada kemudia hari.

Setelah kita sudah menetapkan target atau sasaran kereta yang kita mahukan. Semestinya kita akan pergi ke kedai untuk boking kereta tersebut. Pada hari itu, kita akan ditanya oleh jurujual tentang biodata peribadi, kerja apa, kewangan stabilkah, ada masalah disiplinkah sebelum ini. Kita juga dikehendakii membayar sedikit cengkeram sekurang-kurangnya 10% kalau tidak silap saya setelah kita memenuhi syarat untuk membeli kereta tersebut. Selepas membayarnya, kita hanya boleh melihat kereta tersebut dan hanya memegang stering sahaja. Adakah kita boleh terus membawanya bersiar-siar? Semestinya tidak. Tetapi ada yang akan berkata, kereta second boleh, tetapi masih dibawah kawalan dan pemerhatian pemilik. Setelah membayar cengkeramnya, kita akan menetapkan syarat. Dan kita juga akan berbincang bila tarikh kita boleh membawa balik kereta tersebut. Paling lama pun orang booking kereta setahun, itupun siang malam tak lena tidur asyik memikirkan kereta barunya. Tak ada pulak orang yang booking sampai bertahun-tahun. Kalau ada pun, mesti kena sambar kat orang lain dah kereta tu.
macam ni stail la. Dapat lock free. haha
Samalah juga dengan  cinta dan perkahwinan. Perlukah kita booking kereta lama-lama? Kalau tak bersedia, jangan la mengada-ngada nak booking. Tu kerja oorang berlagak je sebenarnya. Dan pada masa yang sama, setelah bertunang, perlukah sampai kesana kemari? Berkepit-kepit. Kereta pon orang tak bagi. Inikan pula anak orang.  Jadi sama-samalah kita berfikir. Adakah perlu kita bercinta tetapi belum bersedia untuk berkahwin.

1 comment:

  1. betul2..
    proses cinta sama dengan proses membeli kereta..

    tapi remaja sekarang 'buta segala-galanya'..

    yang haram dijadikan halal..

    waallahualam~

    p/s:mintak dijauhkan semuanya

    ReplyDelete

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online