sampai sini -->

04 January, 2010

Gara-Gara Facebook

Gara-gara facebook beberapa kejadian yang amat menghayt hati telah berlaku beberapa hari yg lepas. Anda tahu atau tidak? Nanti saya bagitaw. Hahaha..
Facebook fuelling divorce, research claims

Di United Kingdom, bagi setiap 5 petisyen penceraian yang difailkan, 1 daripadanya ada sangkut-paut dengan Facebook.
--->Sila baca di sini<--
DAN
-->di sini<--
Tengoklah. Orang yang dah berkahwin bertahun-tahun(14 tahun) pun boleh retak kerana facebook. Mcm biasa la. Bermesra di facebook. Pastu bergayut sampai tak ingat suami. Apakes nih?

      Dulu kita selalu dengar orang bercerai guna sms. Tapi tak mustahil lepas ni ade kes bercerai dgan mengunakan status facebook. Sah ke tak sah akan menjadi tanda tanya. Mungkin lepas ni akan ada fatwa baru tentang menceraikan isteri melalui facebook. lagi pun kat facebook kan dah ada status mcm:
"SI_SUAMI has ended his marriage to SI_ISTERI."
Buktinya ada di sini(klik disini)

Cubalah kita berfikir sejenak. Anda lebih mengenali kawan-kawan dalam facebook berbanding jiran-jiran anda. Terus terang saya katakan itu adalah masalah yang sangat besar. Sila baca di sini. Apakah yang anda rasa? Dunia dah terbalik.

Dahulu, saya pernah menyarankan agar tak terlalu sangat melekat di Friendster (artikel ini ditulis ketika Facebook masih tidak begitu dikenali lagi oleh orang kita).

Kawan-kawan  semua. Ingatlah kata-kata ini. Mungkin suatu hari nanti anda semua akan faham apa yang hendak dimaksudkan.

"Kalau kau kawan sebenar aku, kau patut tahu macam mana nak hubungi aku. "

Kalau kita pergi ceramah mesti kita pernah dengar kata-kata ni kan.
"Sentiasa bersederhanalah dalam apa jua perkara (termasuklah bersederhana dalam sederhana itu sendiri)."

Buat pengguna facebook semua. janganlah terlalu melekat dgan facebook. Mmmg facebook tu enjoy. Ade bermacam2 game. Macam2 Quiz. Tetapi kita mesti pandai membahagi masa kita.
Itujelah..Ok..Salam..

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online