sampai sini -->

18 October, 2009

BUAT SILAP ITU TIDAK MENGAPA, TETAPI JANGAN MENGULANGI KESILAPAN.

BUAT SILAP ITU TIDAK MENGAPA, TETAPI JANGAN MENGULANGI KESILAPAN.

KALAU KITA FIKIR BALIK, BERTAPA RAMAINYA ORANG DI ATAS DUNIA NI YANG MELAKUKAN KESILAPAN. YA MEMANG BETUL!!!
MANUSIA MEMANG TIDAK BOLEH LARI DARI KESILAPAN. BOLEHKAH KITA MEMAAFKANYA?

"KITA MUNGKIN BOLEH MEMAAFKAN KESALAHAN YANG PERTAMA, TAPI AGAK MUSTAHIL UNTUK KITA MEMAAFKAN ORANG YANG MENIRU KESALAHAN YANG PERTAMA"

TAPI PATUTKAH KITA MENGULANGI KESILAPAN ITU?
sebagai contoh kita mendidik anak. Mungkin kita xde anak lagi kan tetapi kita boleh belajar dari kesilapan manusia yang bergelar AYAH dalam mendidik anak-anak mereka. Patutkah kita mengulangi kesilapan yang telah dilakukan? Atau kita beralasan "DIA BUAT SILAP, SAYA PON NAK BUAT SILAP JUGAK" huhu. "Bijak-bijak.

ORANG LAIN TERGELINCIR DALAM LONGKANG, DIA NAK TERJUM DALAM GAUNG." yang ni lagii bagus. cuba kita imbau kembali kisah Saidina Umar Al Khatab. Sebelum beliau memeluk Islam, bermacam2 kesilapan yang telah beliau lakukan, sebagai contoh menanam anak perempuan hidup2. Tapi andai kata pada hari ini soerang "AYAH" menanam anak perempuan itu hidup2, serta dia memberi alasan "dulu Saidina Umar pon buat mcm ni jgak kat anak POMPUAN die." boleh terimakah anda jawapan ni.

HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM, HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI

cubalah kita berubah dari yang baik kepada yang lebih baik. xkan orang lain buat DOSA, kita pon nak buat DOSA. atas alasan "DULU DIA BUAT MAKSIAT, SAYA PON NAK BUAT JUGAK" orang tu buat maksiat dah lame. Mane tahu dia dah bertaubat sekarang? Jangan la kita ikut. kan kita plak xsempat nak bertaubat.

Maafkan aku kerana post ini agak kasar dan keterlaluan.
"SAHABAT YANG BAIK IALAH SAHABAT YANG SENTIASA MENEGUR KITA, BUKAN MEN"YES"/MEN"YA"KAN SEMUA KATA2 KITA"

17 October, 2009

WAHABBI & BIDA'AH

Salam kepada semua. Beberapa bulan yang lalu saya ada berbual tentang Kumpulan Wahabbi di Malaysia. Semasa sedang berbual atau lepak, banyak persoalan yg timbul tentang WAHABBI. Adakah ia berada di jalan yang serong atau lurus?

Apa itu Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Apa itu Wahabbi?
kalau nak tahu apa itu WAHABBI sila baca di blog Ustaz Azhar. Muhammad ibn `Abd al-Wahhab merupakan orang kuat WAHABBI.
Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.


BIDA'AH
Bila kita sebut pasal WAHABBI, mungkin terlintas difikiran kita WAHABBI adalah golongan yang boleh dikatakan anti hadis. Saya tidak mengatakan mereka menolak 100% hadis,cuma cara mereka dalam beramal dengan hadis. Jadi apa kaitan BIDA'AH dengan WAHABBI? kita kena akui bahawa golongan Wahhabi hari ini suka sangat bawa isu bida'ah. Itu bida'ah. Ini tidak ikut sunnah, masuk neraka. Bida'ah memang ada dalam syariat. Tak siapa yang mahu menafikan. Dan bukanlah pula setiap orang yang membawa isu bida'ah itu Wahhabi. Yang Wahhabi ni adalah dari jenis golongan yang menakrifkan isu bida'ah pada tahap yang sangat ekstrem dan membimbangkan.

Tidak menjadi masalah bila kita kata mandi bunga untuk cari jodoh adalah bida'ah. mandi tolak bala bulan Safar sbg bidaah pon xkisah la. Kalau konsep wang hantaran dalam perkahwinan pon nak dikatakan bidaah pon aku tak kisah. Aku suke,senang cket nak kahwin. Kita pon patut sedar bahawa BIDA'AH yang sesat itu memang wujud. Antara Bida'ah yg diutarakan oleh Wahabbi ialah:
. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.
. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).
. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.
. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).
. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.
. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.
. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.
. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.
Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.
. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.
. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.
. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.
. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.
. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.
. Amalan tariqah dilarang sama sekali.
. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.
. Doa qunut Subuh itu bida'ah.
. Berzikir beramai-ramai itu bida'ah.
. Talqin untuk si mayat itu bida'ah.
. Berzikir guna biji tasbih itu bida'ah.
. Talaffuz niyyat ketika permulaan solat sebagai bida'ah.

Dan ade bnyak lagi la yg bdikatakan bida'ah.Memang mnjadi masalah yg agak besar jugak la kalau semua itu bida'ah.

Para pembaca semua, selagi ijtihad itu adalah dari ahlinya yang benar-benar layak,maka sesuatu ijtihad tidak membatalkan ijtihad yang lain. Sepatut pihak Wahabbi perlu berbincang tntang isu isu ini.Fahaman Wahhabi adalah satu ideologi yang mendakwa mereka mengiktiraf 4 mazhab fiqh muktabar, dan mahu berlapang dada pada perkara-perkara khilaf, tetapi pada akhirnya mereka hanya mahu pandangan dari mereka sahaja yang betul dan diterima oleh umat Islam. Apekah?

Jadi berhati-hatilah dengan mereka yg berfahaman Wahabbi ini, ada yang dah terpengaruh dengan isu-isu wahabbi ini. Bagi mereka yg masih baru atau newbie(noob) ni biasanya mereka akan bawa isu-isu berkaitan qunut, talqin, tahlil, kenduri arwah, dan sebagainya. Tapi kalau mereka yang dah lama dalam Wahabbi ni,mereka takkan berani mengetegahkan isu ni sebab dieorang dah tahu hujah mereka mudah dipatah bila BUKU BERTEMU DGAN RUAS.

Kalau mereka nak teruskan berkeras dalam isu-isu kecil seperti itu, tak akan ke mana perginya perjuangan tu. Wahhabism ni satu manhaj yang pada permulannya keras, tetapi menjadi kurang tegas pada hujung-hujungnya. Ini seperti mana yang Imam Muhammad Abu Zahra, iaitu bekas ulama usul di al-Azhar, menerangkan bahawa pada permulaan era Wahhabism ni, mereka hingga sampai mengharamkan minuman kopi dan yang serupanya. Tapi akhirnya, fatwa yang sangat keras ini berubah menjadi semakin lembut mengikut peredaran masa. Fatwa mereka yang lain, mengatakan bahawa penghisap rokok sebagai musyrik. Tapi ini dulu la. Sekarang tak pernah dengar pun lagi ada puak-puak ini yang bawa isu tersebut.

Biarkan puak Wahhabi ini berkeras dengan definisi bida'ah tegar mereka. Definisi bida'ah dari 4 mazhab muktabar sebenarnya bertentangan dengan apa yang mereka fahami. Nak ikut yang mana? Definisi bida'ah yang sudah survive beratus-ratus tahun, yang telah disemak dan ditarjih pula oleh ribuan para ulama yang warak lagi alim, atau nak ikut definisi bida'ah puak Wahhabi yang baru setahun jagung sahaja usianya?

Jangan umat Islam di Malaysia jadi macam Arab Saudi sudahlah. Pakai tali pinggang keledar ketika memandu pun dianggap bida'ah! Apa sudah jadi? Ini jumud atau tajdid? Kita juga mesti beriman dengan Sunnahtullah.

Sekian sahaja,

Wallahualam bi shawab.

15 September, 2009

Seorang Ayah Beranak Tiga

Pada suatu masa dahulu ada sebuah keluarga yang tinggal di kawasan yg kecil tapi kaya dengan sumber alam semula jadi. Keluarga ini terdiri daripada 2 orang sahaja iaitu seorang ayah dan seorang anak.
Pada suatu ketika dimana keluarga ini sedang hidup senang. Tiba- tiba ada dua orang anak dari keluarga lain datang ke tempat keluarga itu. Dua orang anak ini datang menumpang hidup di sini. Oleh kerana ada sifat keehsanan dan keikhlasan dan atas dasar kemanusian, si ayah ini telah mengambil dua orang anak angkat ini. Maka hiduplah mereka bersama-sama(seorang ayah bersama tiga orang anak). Dua orang anak tiri ini hidup aman dan tenteram. Setelah beberapa tahun sehingga 2 orang anak tiri ini dewasa. Mereka sudah mula meminta-minta melebihi dari anak kandung. Dua orang anak tiri ini masih tidak sedar diri walhal mereka hanyalah menumpang. Namun begitu si ayah tidak mahu melebih lebihkan anak tiri ini. Selepas itu, anak-anak tiri ini mengamuk dan membuat kekecohan di dalam keluarga itu. Hari semakin hari, semakin banyak hak anak kandung itu di ambil. Hari semakin hari hak anak kandung itu ditindas. Anak tiri pula sudah mula meminta tanah dari si ayah.

Cuba kita renungkan cerita yang diringkaskan oleh aku ini. Tidakkah anda tidak berasa kasihan terhadap anak kandung itu. Mlah anak tiri itu pula meminta-minta melebihi si anak kandung. Adakah ini adil? Sepatutnya si anak tiri itu mesti sedar bahawa mereka pada asalnya menumpang atas dasar ehsan dan kasihan sahaja. Namun setelah dewasa mereka tidak mengenang budi. Memang kejam.

Harap sesiapa yang baca ni sedar la..orang dah bagi hak sebagai anak tiri tu bersyukurlah. Janganlah membuat kecoh dan buat huru hara di tanah dan keluarga asal ini..Ini cerita sindiran..huhu..kael..aku dah edit balik.wakaka..xperasan ade typo..wakaka..

29 August, 2009

Propaganda, Komunis, Melayu dan...



KOMUNIS VS ANAK MELAYU ISLAM
1. Tidak kira siapa mereka, berambut gondrong atau berserban, apabila sudah mengangkat senjata menentang kerajaan Islam yang sah dan membunuh orang Islam yang lain, mereka ini tidak lebih dari banjingan dan pengacau.

2. Anda (Komunis) mengaku bahawa anda telah berjuang dengan penuh ikhlas untuk membebaskan negara ini dan kini anda kecewa kerana sudah dilupakan. Bagaimana dengan ribuan tentera Melayu Islam serta kaum-kaum bumiputera lain yang putus kakinya, patah lehernya, pecah dadanya dan yang mati di atas taktik kamu yang pengecut dengan menanam ranjau pada laluan mereka.

3. Hari ini, kamu mahu kami mengiktiraf kamu, bagaimana pula dengan bapa saudara penulis asal yg kamu belah isi perutnya hingga terburai di padang sekolah di bandar Segamat pada tahun 1946 dahulu kerana beliau seorang anggota polis dan kakitangan kerajaan.

4. Bagaimana dengan ribuan Melayu seperti arwah nenek penulis asal yang kamu taruh najis dan digaulkan bersama nasi untuk dimakan ketika beliau ditahan. Di mana kamu? wahai Komunis Melayu ketika rakan-rakan berbangsa Cina kamu menganiaya guru-guru agama kami dan anak-anak muda kami yang enggan mengikuti perjuangan kamu.

5. Bagaimana ribuan nasib anak bangsa yang tidak pernah minta diiktiraf dari zaman Datuk Bahaman, Mat Kilau sehingga ke penubuhan Rejimen Askar Melayu Pertama dan pahlawan kami seperti Leftenan Adnan yang mati tanpa lelah berjuang untuk negara ini.

6. Mereka di atas turut menentang penjajah, sultan-sultan kami juga menentang penjajah. Bagaimana nasib askar-askar kami yang menentang kamu apabila negara ini sudah mencapai kemerdekaan sedangkan kamu terus-terusan masih mengangkat senjata dan membakar hingga rentung daging anggota polis kami di Bukit Kepong pada 23 Feb 1950.

Kiai Salleh

7. Kamu kata kamu berjuang untuk nusa, agama dan negara. Jika demikian bagaimana dengan ulamak kami, seperti Kiai Salleh, seorang guru mengaji yang mengangkat senjata menentang kekejaman soldadu kamu di Bandar Muar, Johor pada 1945.

8. Kamu pasti ingat bagaimana ulamak dan wali-wali Melayu ketika itu mengirimkan parang terbang untuk memutuskan urat nadi komunis kamu bukan?, Mengapa ya ketika itu ulamak dan wali-wali serta ribuan pendekar Melayu mengangkat selendang merah dan mengasah keris pusaka mereka untuk menentang kamu. Adakah mereka ini tali barut British?.

9. Kamu tahu kamu siapa? Buku merah komunis yang kamu gunakan dan diletakkan tinggi tarafnya dengan Al Quran. Siapa yang mengarangnya, jika bukan Karl Marx, rakyat Jerman yang berketurunan Yahudi dan merupakan sebahagian dari agenda Dajal Al Masehi yang turut melaksanakan gerakan revolusi ke atas keluarga di raja Russia, Peranchis dan Amerika Syarikat sepaya mudah tangan-tangan halus ini menguasai dunia melalui perancangan yang sudah bermula ribuan tahun lepas.

10. Kamu pejuang kemerdekaan? Bagaimana kamu kata kamu pejuang kemerdekaan, sedangkan selepas 1957 kamu masih menyembelih dan mencungkil serta mencacatkan jenazah-jenazah askar Melayu yang beragama Islam sepanjang mereka berjuang menentang kamu di antara tahun 60, 70an dan 80an.

11. Kamu kata ini perjuangan kemerdekaan negara ini merupakan dakyah Umno, jadi kamu yang tolol dan buta sejarah ini sanggup menerima jika satu hari ada orang kata yang KAMU ORANG MELAYU BUKAN BERASAL DARI TANAH INI...

12. dan bahawasanya negara ini bukan dimerdekakan oleh pemimpin Melayu Islam dalam parti Umno tetapi KAUM LAIN yang tidak meletakkan diri mereka setaraf seperti kamu..

13. Hairan dengan kaliannnn...kamu membenci parti yang mewakili kaum kamu dan agama kamu sendiri, hari ini kamu menyokong parti pengganas yang berpaksikan kepada komunis, digerakkan oleh seorang lelaki bukan Melayu dan di dalam kitab komunisnya menolak semua kepercayaan beragama. Kamu patut ke neraka kerana fahaman inilah yang menerapkan ideologi bahawa "AGAMA ITU ADALAH CANDU MASYARAKAT" dalam erti kata lain, agama itu melalaikan...mereka yang memberikan kemerdekaan... mereka juga memberikan demokrasi...komunis plak? entah2 makan nasi dgn taik je rakyat ni..

14. Hari ini kamu kata sejarah yang ditulis menipu kamu???? Kamu sudah membaca sejarah Singapura? Apa perasaan kamu di mana buku-buku teks sejarah di Singapura menyatakan bahawa pulau itu ditemui oleh Stamford Raffles, TANPA MENYEBUT SEDIKIT PUN MENGENAI SANG NILA UTAMA dan kerajaan Melayu yang sudah sedia ada di situ.

15. Buku sejarah Singapura menipu kamu, orang Melayu Singapura disebabkan kepentingan-kepentingan kaum satu lagi yang kini menjadi semakin dominan apabila Kamu, duhai anak Melayu yang tolol berpecah.

16. Sejarah negara ini tidak pernah menipu kamu kerana kalendar dan memo negara ini ditulis oleh orang Melayu sendiri. Gampang kamu ini kerana tidak mahu membaca sejarah kamu sendiri yang ditulis dengan tinta airmata dan darah, kamu tahu peristiwa Kalabakan??? Kamu tahu Kiai Salleh? Kamu tahu peristiwa Natrah? Kamu tahu 13 Mei, Kamu tahu Konfrantasi? Kamu tahu peristiwa Bukit Payung? Kamu tahu tragedi Batu Pahat Okt 1980, Mana letaknya maruah kamu wahai Melayu.

17. (UNTUK SEGELINTIR PEJUANG MELAYU ISLAM) -- Biarkan mereka ini. Hari ini kuasa kita mengecil tetapi apa yang berlaku merupakan aturan Allah Taala. Nampak gayanya pada saat kita berpecah, semakin banyak fahaman asing yang masuk dan meracuni pemikiran yang dikatakan "Open Mind" anak-anak muda kita yang masih merangkak di universiti.

18. Mereka ini memang tolol, secara tidak langsung. Menyokong kembalinya seorang komunis seperti Chin Peng. Sebenarnya, agenda sebenar kaum satu lagi ini ialah untuk mengangkat lagenda Chin Peng sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

19. Cuba kalian bayangkan impaknya 20-30 tahun lagi, sejarah akan tertulis semula bahwa Chin Peng pejuang dan kaum satu lagi ini sudah membuktikan sumbangan mereka kepada kemerdekaan dan dengan mudahnya, sejarah dirombak meminggirkan lagi orang Melayu.

20. Kalian harap bersabar, ini bukan saat kita meraung, rapatkan saf dan susun juzuk perjuangan, kita mungkin pernah melakukan kesilapan tetapi segala yang berlaku adalah urusan Allah Taala.

21. Kepada pejuang Melayu Islam, bangkit saudara...ini bukan masa untuk berdiam. Jangan malu memakai songkok.

APA YANG HENDAK DIBANGGAKAN? SUDAH LUPAKAH BAGAIMANA KOMUNIS DIGAYANG CUKUP-CUKUP DI AFGHANISTAN MELALUI PEJUANG MUJAHIDIN, SUDAH LUPAKAN KEBANGKITAN ISLAM DI CELAH RUNTUHAN KOMUNIS DI YUGOSLAVIA (BOSNIA) DAN SOVIET (PEJUANG ISLAM CHENYA).

ISLAM MENOLAK KOMUNIS. CUKUPLAHHHHH...JANGANLAH ANAK MELAYU LEKA LAGI.

SHAMSIAH FAKEH SUDAH MENINGGAL...BIARLAH. DIA PUN TIDAK MINTA DIHORMATI. MAKAMNYA MUNGKIN ADA DI SISI TUHAN. BAGAIMANA DENGAN PAHLAWAN KITA YANG LAIN. TIDAK PERLULAH PERKARA INI DI MAIN-MAINKAN SEHINGGA MELUKAKAN HATI ORANG LAIN.

BAB UMNO KAT ATAS TUU, BUKAN PASAL NAK POLITIK, TAPI HAKIKAT, BUAT APA NAK DIKELIRUKAN LAGI....CUKUPLAH, KALAU PAS PERJUANGKAN KEMERDEKAAN NEGARA INI PUN SAYA TETAP AKAN MENEGAKKAN HAK PARTI ITU.

Anak Melayu ni KEBANYAKANNYA DAH HANYUT... dulu ramai orang Melayu Islam berjuang menentang komunis bermati-matian BEB!!!! ... baru 52 tahun merdeka dah agung-agungkan balik zaman komunis sebelum dan selepas kemerdekaan (keganasan 14 hari dgn zaman darurat dulu)..korang x rasa seperti orang2 tua kita rasa dulu...bolehlah cakap komunis ni pejuang kemerdekaan la, pejuang bangsa la, ...

Bukan pejuang kemerdekaan = sebab pejuang kemerdekaan berganding bahu bersama2 pejuang lain untuk merdeka..bukan bunuh rakyat negara sendiri

Bukan pejuang bangsa = sebab mereka ni bunuh ramai bangsa sendiri..snggup orang Melayu join parti yang menyerang kaum sendiri..

INGATLAH...

Janganlah jadi BODOH..Hari semakin hari hak melayu semakin terhakis kerana orang melayu sendiri..
Inggatlah pesan waliyullah Datuk Panglima
Hang Tuah berpesan
Takkan MELAYU hilang di dunia..
Jadilah seperti Tuah..Jangan ulangi kesilapan Jebat yg berpunca dari silap faham dan nafsu amarahnya..

25 July, 2009

MICHAEL JACKSON

Susoh nok royak wei la.

Dulu mase die digegekan(dihebohkan) rate-rate dunia bahwa Michael Jackson masuk Islam dalam bulan November taun lepas(2008) kalu dok silap la. Tapi pada masa tu saye dok pasti lagi die tu seorang Muslim. Mungkin ye(Benar) atau dok(Tidak). Haaa... Apa yg kite dgapeok tahu. Itu lah die.

aku rase 7 bulan lebih doh, takdok(tiada) lansung pengakuan daripadanya sendiri tentang agama die yg sebenar. Cari mane-mane sumber pon dok jumpe 1 pon pengakuan dari die sendiri. Jadi aku sendiri pon agak was was untuk trima kenyataan tu. Maafla aku tulis ikut bahase pasor. Ok ok aku serius n series.

Ok...

Namun abangnya, Jermaine Jackson dalam sidang medianya ada menyebut bahawa "May Allah be with you, Michael, always."

Semoga Michael Jackson benar-benar meninggal dunia sebagai seorang Muslim, dan Allah lebih mengetahui. Amin.

ni aku nak bagi 1 screenshot ni..agak lucu jgak bila aku pikir kenape ada logo NTV7 di New York? Ciplak logo ke ape ni. hahahha. Terserupa kowtttt. Hahaha..

Okep...

Kembali kepada topik asal.. Agak kepelikan aku dibuatnyer. Ade je komen yg ringkas dan mudah yg biase kita dengar kan. "Tak payahlah kita fikir sangat Islam atau tidak beliau. Kita doakan sahaja beliau meninggal sebagai Muslim."

Kita sepatutnya periksa n pikir dulu sebelum kita sebarkan berita yg kita trima. Bukan smua tu betul. Dulu ade yg buat berita selebriti atau orang terkenal masuk Islam. Berapa kali lagi kite nak syok sendiri dengan kisah macam Neil Armstrong, Will Smith, Emma Watson, Britney Spears dan Kaka peluk Islam? Bahkan, mitos Neil Armstrong masuk Islam, masih ada lagi orang yang percaya, padahal aku pertama kali mendengarnya kira-kira beberapa tahun dahulu!

Kadang-kadang juga yang berlaku lain, tapi orang faham lain. Contoh: Siti Nurhaliza dan Datuk K sekadar melawat Nik Aziz, tapi ada saya nampak akhbar tabloid yang buat artikel bertajuk "Siti Masuk PAS"!

Sebab itu kita kena betul-betul pastikan kesahihan berita yang diterima. Dan dalam kes ini, kita hendak percaya dengan sewenang-wenangnya berita Michael Jackson peluk Islam daripada sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris yang paling popular di dunia, tetapi bersifat sengal dan ada pula gambar model perempuan bogel di dalam setiap terbitannya?

Ni aku jadi berasa nak kata BEN*GO** ni. Tapi sabar je lor.

Islam pun ajar kita supaya tak sebarkan berita yang samar-samar, yang was-was, dan yang kabur. Tapi yang saya tak faham, geng-geng (baca: Wahhabi) yang asyik kondem orang yang didakwanya tak ikut al-Quran dan as-Sunnah dengan sahih dan berdalil, mereka pun sama juga menyebarkan berita tersebut tanpa ada dalil sahih daripada Michael Jackson sendiri. Woit, mana hujah?

Dua kali lima. Hampeh.
---

Baca artikel yang ditulis oleh Imam Zafar Bangash (Pengarah di Institut Pemikiran Islam Kontemporari, ICIT) ini:

Muslims' Obsession with Celebrity Islam

'Have you heard, Chelsea Clinton is about to become a Muslim?'

This is now commonly heard among Muslims, especially in the US.

'Yes. And if it had not been for that terrible car crash, Princess Diana would have married Dodi and she, too, would have embraced Islam. Then there would have been Muslim heirs to the British throne.'

This theory concludes that there must have been a plot to eliminate Diana to preclude such a possibility.

Whatever the truth about the plot and it is difficult to know precisely there is nothing inherently wrong in Chelsea, or indeed Princess Diana, showing interest in Islam.

Chelsea certainly had obtained an English translation of the Qur'an, but it would be premature to assume from this that she was becoming a Muslim. As for Diana's interest in Islam, the less said the better, although one would be hard-pressed to convince those who thrive on gossip.

The issue here is not whether these ladies were or are really interested in Islam. The more pertinent question is the Muslims' obsession with celebrities embracing Islam. Unfortunately there are Muslims who have reduced Islam's validity to such high-profile events. As the Qur'an mentions in many ayaat, it is Allah who provides guidance to whomever He wills, and for those who reject the Truth, a terrible punishment awaits.

The obsession with celebrities is not new. The most fantastic story was spun around Neil Armstrong, the first man to set foot on the moon, beginning in early 1983. We at Crescent International received phone-calls and letters from Muslims around the world inquirying about Armstrong's conversion.

The story was imaginative and rather fascinating: after returning from his moon journey in July 1969, Armstrong went on a world tour. It was claimed that when he arrived in Cairo, the Egyptian capital, he heard the adhan being called out. Intrigued by the sound, he inquired about it and was told that this was the Muslim call to prayer. He is reported to have said that he had heard the same sound when he landed on the moon. This led him to embrace Islam!

When this story reached fever pitch, and we were inundated with calls and letters from around the world, we contacted Armstrong's office in Ohio. This writer personally spoke to his secretary, who revealed that although Mr Armstrong had great respect for Islam, he had not become a Muslim and that the adhan story was pure fiction. She also said that the many calls and letters from Muslims from different parts of the world had intrigued her. She in fact offered to send a letter confirming our conversation and even requested that we publicise the facts to put the affair to rest.

Armstrong's secretary did write to us confirming that her boss had not embraced Islam. This, however, was not enough for some Muslims. Later still, some journalists arranged a conference call through the US embassy in Delhi to talk to Neil Armstrong personally and to hear from the horse's mouth, so to speak, that he had not become a Muslim. Only then did the story come to some sort of an end, perhaps much to the disappointment of the hero-worshipping Muslims.

Some Muslims have spun similar stories about Yusuf Islam, formerly the singer Cat Stevens. To his credit, wherever Yusuf Islam has lectured, he has told Muslims to worship only Allah and not humans. This message, unfortunately, seems lost on many Muslims.

It is interesting to note that Yusuf Islam did not discover the deen of Allah through the effort of any Muslim but by reading the Qur'an himself. He says that his own brother (a non-Muslim) gave him an English translation of the Qur'an. He did not read it for about three years. Then one day, he picked it and was fascinated. This is how he was led to Islam. Allah says in the noble Qur'an, He guides whomever He wills. Yusuf Islam is one of them, alhamdulillah.

There are many well-known personalities in the world who have embraced Islam but there are countless non-celebrities - so-called 'ordinary people' - who have also embraced it. Islam's validity and strength are not dependent only on celebrities.

In the early days of Islam, the noble Messenger of Allah, upon whom be peace, went to all the chiefs of the various tribes in Makkah. The majority, including two of his uncles Abu Jahl and Abu Lahab - did not pay heed. Many of the downtrodden - Bilal and others - embraced Islam. The tribal chiefs became implaccable enemies of Islam but it still triumphed because Allah willed it so.

There are many downtrodden people in North America, Europe and other places who have entered the fold of Islam. Islam is enriched by the presence of the diverse groups of people who have entered its fold. All to often such people are looked down on by born Muslims, for racist, classist or nationalist reasons. This is entirely counter to Islam. It is the quality of these individuals, not their station in life, that matters.

If Muslims truly want to see the miracle of Islam and the Qur'an in contemporary history, then they should ponder over the transformation that people undergo when they become Muslims.

This is especially true of those who had previously committed heinous crimes. Many inmates in US prisons who embrace Islam become the most decent, civilised and God-fearing individuals. Despite the brutal regime in many US institutions, prison wardens readily admit the great transformation of these individuals when they become Muslims.

It is to this aspect that Muslims need to pay attention. Further, Muslims must themselves live according to the tenets of Islam. It is embarrassing to constantly hear that Islam is the best religion but Muslims the worst followers. The challenge facing Muslims today is to present a model of the decent individual who is caring and compassionate and who provides inspiration by his or her own example.

Muslimedia: April 1-15, 1999

24 July, 2009

Speedtest Result










speedtest aku yg baru aku test tadi..huhuhu..boleh tahan gak la..


YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online